Selasa, 25 September 2012

RESEPI PANCAKES HANIEY


Assalamualaikum..
ini adalah pancakes yang adik saya Hani yang buat.sebab itulah saya namakan pancakes ini dengan nama Pancakes Hani. Saya dapat resepi pancakes ni dari dia lah.dia yang kasi dekat saya. Semasa dekat kelantan hari itu saya teringin sangat nak makan pancakes ini so alang-alang adik saya ada..saya bodek2 dia suruh dia buatkan untuk saya dan yang lain.Rasa pancakes yang adik Hani saya buat ini memang sedap..sampaikan hari itu habis licin kitorang makan.Anak sedara saya Azfa cakap " makdik nok lagi tak cukupla.sedap makdik wak.".hihiihi...pandai betul azfa bodek makdik(hani) dia.
lepas itu, saya mintaklah adik saya tu share resepi kat saya.teringin jugak saya nak buat..sebab rasa pancakes ni memang sedap tak terkata dan bahan-bahan untuk buatnya pun sikit je.cara buat pun simple je..


Bahan-bahanya:

-3 biji telur
-1 tin susu cair
-450gm tepung naik sendiri
-170gm gula
-3 sudu teh serbuk penaik

Caranya:
1.pecahkan telur+susu cair=putarkan adunan sehingga sebati.(opss..guna mesin pemutar)
2.campurkan tepung+gula+serbuk penaik dan putarkan.
3.Biarkan selama 1 jam.
4.kemudian, kacau lagi.
5.sekiranya tebal tambahkan susu cair.
6.Panaskan kuali sedikit minyak
7.Ambil sesudu dan letak adunan di atas kuali panas.
8.Apabila telah masak.angkat dan boleh dihidangkan =)

*gunakan kuali burger@kuali roti canai;)
*cara masak pancakes ini sama saja dengan cara goreng lempeng.
*pastikan api yang digunakan adalah perlahan.

So apa lagi??
selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan