ASSALAMUALAIKUM..
AYAM MASAK MERAH |
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS |
salam sabtu rakan blogger sekalian. masak apa jer hari ni semua?? hehe...ke dah siap makan tengahari. hari ni norly nak berkongsi menu makan tengahari norly untuk hari ini. iaitu: sambal tempoyak ikan bilis petai dan ayam masak merah. resepi ayam masak merah norly pernah kongsikan bersama rakan semua. jadi kali ini norly nak kongsi pulak resepi sambal tempoyak paling simple yang norly buat.
bahan-bahanya norly guna:
-100 gram ikan bilis
-2 sudu tempoyak
-2 papan petai
-2 ulas bawang putih
-3 ulas bawang merah.
-sedikit halia
-1 inci kunyit hidup( norly guna serbuk kunyit je sebab kunyit hidup takda dalam peti ais)
-sedikit garam
cara masak:
1.goreng ikan bilis sedang-sedang( jangan terlalu garing)angkat. ketepikan.
2.petai dibelah dua(atau terpulang korang bentuk camana)
3. tumiskan bawang putih+halia+bawang merah (yang dah ditumbuk lumat).nampak kekuningan biar garing sedikit.
4.setelah itu, masukkan tempoyak ke dalam kuali yang telah tumis bahan tumbuk.
5. masukkan ikan bilis dan petai beserta serbuk kunit dan garam.masak sehingga mendidih.
6. setelah masak.angkat dan siap untuk dihidangkan.
#sedap kalau di makan dengan nasi untuk tengahari ini.
#sambal tempoyak ikan bilis petai ini juga boleh di simpan dalam peti ais untuk di makan lain kali..
so.. dah dapat resepi ini kan. apa lagi.cuba lah =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan