Khamis, 19 Disember 2013

GULAI LEMAK TELUR PUYUH CAMPUR IKAN KERING


Assalamualaikum.. 
salam jumaat. hari ni dah hari jumaat kan.. cepat betul masa berlalu. Norly harap nanti warga lelaki pergi soalt jumaat ye semua. stop berblogging untuk sementara waktu jer.. ok..ini resepi baru.bagi norly lah.. bagi korang norly tak tau.. ni resepi mak norly. dye wat special untuk norly & family. first time kot try yang camnih..hehe..tapi sedappp sangat...

bahan-bahanya:
-1 peket telur puyuh 
-.6-10 keping ikan kering( terpulang korang nak taruk ikan kering apa2 pun)
-3 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-1 inci kunyit hidup atau debu
-1 inci halia
-santan 1 kotak
-sedikit air

caranya:
1.basuh ikan kering.toskan.
2.rebus telur puyuh.
3.tumbukkunyit hidup,  halia+bawang putih+bawang merah sampai lumat.ketepikan.
4.kemudian, didihkan air+santan dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi.
5.seterusnya, masukkan gula, garam 7 ajinomoto sikit( kalau nak taruklah. norly tak suka guna ajinomoto)
6.kemudian apabila dah mendidih masukkan sedikit ikan kering terlebih dahulu. masak sampai mendidih.
7.apabila dah masak ikan kering semua. matikan api. 
setelah itu, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit itu ke dalam kuah.
siap dihidangkan. 
GULAI LEMAK TELUR PUYUH CAMPUR IKAN KERING.

SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI DAN MASAKAN LAIN SEMASA TENGAH PANAS2 :)
SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan