Ahad, 8 Disember 2013

CHICKEN CHOP ABBI

Kali ini maybe saya akan try masak chicken chop pulak..My future H suka sangat makan chicken chop ni..so dia suruh saya belajar masak ini.Chicken Chop ini Faveret Food dia la katakan..nak tak nak kena gak belajar masak ni..Insyaallah nanti saya akan try buat sendiri sampai menjadi. so kat sini saya kongsikan resepi chicken chop special punyer..

BAHAN-BAHAN:
1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 potong tomato
20 gram tepung
20 gram kentang - digoreng
Sedikit lada sulah

CARA MEMBUAT
1. Salut ayam dengan bancuhan tepung dan telur.
2. Gril di atas kuali leper antara 10 ke 15 minit.
3. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN SOS BLACK PEPPER
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
5 sudu besar lada hitam - dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak


CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi.
4. Kacau sebati dan masak ikut tahap kepekatan yang anda suka.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan bersama ayam, kentang goreng, coleslow dan sepotong tomato.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan