Ahad, 8 Disember 2013

BISKUT ROTI DAN JEM KISMIS


Cara buat jem:
*Rendam kurma/kismis dalam air panas (agak-agak tenggelam jer)
. Tujuannya nak bagi kurma/kismis tu kembang dan lembut sebelum di'blend'.
*Agak-agak dah lembut tu, buang kulit dan biji kurma. 
Kismis tak perlu. Masuk dalam blender tambah air sikit saja, 'blend' sampai hancur.

*Jem dah siap! 
Lebihan jem boleh simpan dalam peti sejuk, 
guna esok-esok pula.
 Cara buat biskut roti:
Potong roti ikut suka. potong panjang, segi tiga, menyenget atau apa2 je lah salkan senang nak pegang. Nak pakai acuan bentuk-bentuk pun boleh..comel jer nampak kan..
Sapu jem pun ikut suka. Nak atas saja, atau bawah saja..atau atas bawah..

Bakar. Paling baik bakar dalam oven/microwave. Memang keras rangup. Kalau takda oven/microwave macam saya, bakar atas 'pan'/ kuali goreng ikan pun boleh. Tapi kena tengok selalu, takut hangit dan roti pun tak serangup yang bakar dalam oven/microwave..

Simpan dalam bekas kedap udara, boleh bawa sebagai bekal masa jalan-jalan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan