Selasa, 25 September 2012

KUIH KOSU


ASSALAMUALAIKUM..
ini adalah  Kuih Kosu. dulu setiap kali saya pergi ke pasar Laloh mesti saya akan tercari-cari kuih ini kat sana. saya suka sangat makan kuih ini sebab rasanya yang cukup lembut, sedap dimakan danBahan2:

2 setengah cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan disimpul
1 1/4 cawan tepung beras
setengah cawan tepung ubi
beberapa titik perisa ros
pewarna merah, kuning dan hijau
kelapa parut dibubuh sedikit garam

Cara2:

1. Panaskan air dalam kukusan.
2. Gula + air + daun pandan dimasak hingga gula larut. Tutup api dan sejukkan.
3. Campurkan kesemua bahan *nak senang masukkan kesemua bahan yang dibancuh dalam balang blender jus dan putar sekejap bagi sebati*
4. Bahagikan kepada 4 bahagian (* satu bahagian ditinggalkan untuk warna ori putih*), lain2 boh la pewarna.
5. Sedia untuk dikukus.

**sedap dimakan dengan kelapa parut.

RESEPI PANCAKES HANIEY


Assalamualaikum..
ini adalah pancakes yang adik saya Hani yang buat.sebab itulah saya namakan pancakes ini dengan nama Pancakes Hani. Saya dapat resepi pancakes ni dari dia lah.dia yang kasi dekat saya. Semasa dekat kelantan hari itu saya teringin sangat nak makan pancakes ini so alang-alang adik saya ada..saya bodek2 dia suruh dia buatkan untuk saya dan yang lain.Rasa pancakes yang adik Hani saya buat ini memang sedap..sampaikan hari itu habis licin kitorang makan.Anak sedara saya Azfa cakap " makdik nok lagi tak cukupla.sedap makdik wak.".hihiihi...pandai betul azfa bodek makdik(hani) dia.
lepas itu, saya mintaklah adik saya tu share resepi kat saya.teringin jugak saya nak buat..sebab rasa pancakes ni memang sedap tak terkata dan bahan-bahan untuk buatnya pun sikit je.cara buat pun simple je..


Bahan-bahanya:

-3 biji telur
-1 tin susu cair
-450gm tepung naik sendiri
-170gm gula
-3 sudu teh serbuk penaik

Caranya:
1.pecahkan telur+susu cair=putarkan adunan sehingga sebati.(opss..guna mesin pemutar)
2.campurkan tepung+gula+serbuk penaik dan putarkan.
3.Biarkan selama 1 jam.
4.kemudian, kacau lagi.
5.sekiranya tebal tambahkan susu cair.
6.Panaskan kuali sedikit minyak
7.Ambil sesudu dan letak adunan di atas kuali panas.
8.Apabila telah masak.angkat dan boleh dihidangkan =)

*gunakan kuali burger@kuali roti canai;)
*cara masak pancakes ini sama saja dengan cara goreng lempeng.
*pastikan api yang digunakan adalah perlahan.

So apa lagi??
selamat mencuba...

RESEPI MEE KARI


saya suka makan mee kari nih..kakak saya ILA pernah masakkan untuk kami.dan rasanya memang sedap..saya ingat lagi yang mana waktu itu kami cakap dekat kakak kami itu yang kami hari itu tak nak makan nasi..dah bosan asyik makan nasi je..so kami tukar cara baru..hehe..kami suruh dia buatkan kami mee kari..so hari itu kami dapat lah jugak santap mee kari yang kak ILA buatkan,,hehe...untung2 bodek resepi jap pulak..so kat sini ada resepi nak buat mee kari ni saya amik dari dia..hehe..



BAHAN-BAHAN
Mi kuning secukupnya
1/2 kg santan
200gm bawang besar-dikisar
50gm bawang putih-dikisar
150gm cili kering-dikisar
50gm asam keping
50gm udang kering-dikisar
3 batang serai dititik
30gm isi kerang
30gm isi ayam
30gm isi udang
30gm tauge
30gm bendi
1 keping tauhu kering
gula dan garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan.
2. Kemudian masukkan udang kering,serai,kerang,isi ayam,udang,bendi dan tauhu kering.
3. Kacau lalu masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga mendidih.
4. Setelah kuah siap dimasak, masukkan mi dan taugeh serta daun hiasan dan cili  dan telur jika mahu] ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah.

KETUPAT SOTONG

Marvelouss...sedap ni ketupat sotong. semasa dekat rumah di kelantan saya selalu suruh ma saya buatkan untuk kami adik beradik.ketupat sotong yang ma saya buat memang sedap..sedap sengoti..perghh...meleleh air liur saya bila ingatkan balik...So kat bawah ni.saya kongsikan dengan anda semua resepi untuk buat ketupat sotong ikut apa yang ma saya bagi tahu saya lah..


Resepi ketupat sotong..
Bahan-bahan :
1 kg sotong ( sedap yang bertelur )
250 gm pulut
250 gm santan pekat
250 gm nise(gula merah)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 cawan air

Cara membuat:
1. Bersihkan sotong. Masukkan pulut. Satukan kepala dengan badan dengan menggunakan lidi.
2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan.
3. Masukkan gula merah yang telah ditapis ke dalam santan pekat.
4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
5. Masukkan sotong ke dalam bahan-bahan tadi. Masak sotong sehingga ia kembung.

Yummy,,,