Jumaat, 20 Disember 2013

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS NORLY

ASSALAMUALAIKUM..

AYAM MASAK MERAH
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
salam sabtu rakan blogger sekalian. masak apa jer hari ni semua?? hehe...ke dah siap makan tengahari. hari ni norly nak berkongsi menu makan tengahari norly untuk hari ini. iaitu: sambal tempoyak ikan bilis petai dan ayam masak merah. resepi ayam masak merah norly pernah kongsikan bersama rakan semua. jadi kali ini norly nak kongsi pulak resepi sambal tempoyak paling simple yang norly buat.





bahan-bahanya norly guna:
-100 gram ikan bilis 
-2 sudu tempoyak
-2 papan petai
-2 ulas bawang putih
-3 ulas bawang merah.
-sedikit halia
-1 inci kunyit hidup( norly guna serbuk kunyit je sebab kunyit hidup takda dalam peti ais)
-sedikit garam

cara masak:
1.goreng ikan bilis sedang-sedang( jangan terlalu garing)angkat. ketepikan.
2.petai dibelah dua(atau terpulang korang bentuk camana)
3. tumiskan bawang putih+halia+bawang merah (yang dah ditumbuk lumat).nampak kekuningan biar  garing sedikit. 
4.setelah itu, masukkan tempoyak ke dalam kuali yang telah tumis bahan tumbuk.
5. masukkan ikan bilis dan petai beserta serbuk kunit dan garam.masak sehingga mendidih.
6. setelah masak.angkat dan siap untuk dihidangkan.

#sedap kalau di makan dengan nasi untuk tengahari ini.
#sambal tempoyak ikan bilis petai  ini juga boleh di simpan dalam peti ais untuk di makan lain kali..

so.. dah dapat resepi ini kan. apa lagi.cuba lah =)

Khamis, 19 Disember 2013

GULAI LEMAK TELUR PUYUH CAMPUR IKAN KERING


Assalamualaikum.. 
salam jumaat. hari ni dah hari jumaat kan.. cepat betul masa berlalu. Norly harap nanti warga lelaki pergi soalt jumaat ye semua. stop berblogging untuk sementara waktu jer.. ok..ini resepi baru.bagi norly lah.. bagi korang norly tak tau.. ni resepi mak norly. dye wat special untuk norly & family. first time kot try yang camnih..hehe..tapi sedappp sangat...

bahan-bahanya:
-1 peket telur puyuh 
-.6-10 keping ikan kering( terpulang korang nak taruk ikan kering apa2 pun)
-3 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-1 inci kunyit hidup atau debu
-1 inci halia
-santan 1 kotak
-sedikit air

caranya:
1.basuh ikan kering.toskan.
2.rebus telur puyuh.
3.tumbukkunyit hidup,  halia+bawang putih+bawang merah sampai lumat.ketepikan.
4.kemudian, didihkan air+santan dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi.
5.seterusnya, masukkan gula, garam 7 ajinomoto sikit( kalau nak taruklah. norly tak suka guna ajinomoto)
6.kemudian apabila dah mendidih masukkan sedikit ikan kering terlebih dahulu. masak sampai mendidih.
7.apabila dah masak ikan kering semua. matikan api. 
setelah itu, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit itu ke dalam kuah.
siap dihidangkan. 
GULAI LEMAK TELUR PUYUH CAMPUR IKAN KERING.

SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI DAN MASAKAN LAIN SEMASA TENGAH PANAS2 :)
SELAMAT MENJAMU SELERA

KANGKUNG CELUP TEPUNG



http://2.bp.blogspot.com/-cSGfqn1pN_M/TqPzDdGxXOI/AAAAAAAABI0/Y92kuuovxzs/s1600/assalamualaikum.png

pada hujung minggu lepas, Norly balik ke kampung atas urusan rasmi. dan sepanjang bercuti di sana. Norly mintak dengan mak nak makan makanan bergoreng. kebetulan time tu adik pun nak makan cendawan goreng. Norly pulak nak try buat kangkung goreng. selama nih kita dah dengar pasal bayam celup tepung kan.so kali ini Norly nak makan yang lain dari yang lain pulak.so mak pun bagi lah resepi tepung tu untuk Norly buat. so nak tau apa resepi yang mak share dekat Norly tu meh kite tengok resepinya. hehe...

BAHAN-BAHAN:
-tepung gandum
-tepung beras @ kastad
-telur
-garam
-gula
-air sikitt..

CARA-CARANYA:

1. Ambik kankung cuci bersih2 tau pastu potong pendek2 batang dengan daun sekali( depend korang la nak pendek mana). ketepikan.
2. gaulkan tepung gandum, tepung beras( mak Norly pakai kastad sebab time tu takde tepung beras) bersama telur, sedikit air. gaul-gaul sampai rata.
3. jangan lupa tambah gula, garam sikit tauu..
4.ambil kankung celupkan ke dalam tepung yang dah di gaul pastu terus masukkan ke dalam kuali.
5. goreng hingga kangkung agak kekuningan sikit. kecikkan api tau jangan besar sangat.
6. dah siap goreng semua. so apa lagi ngappp makan lahh..hehe...

Khamis, 12 Disember 2013

12.12.2013

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

SELAMAT TENGAHARI ERRR...KE DAH PETANG EHH...ni aku nak share hidangan makanan aku untuk hari ni..simple je tapi Alhamdulillah lahh kenyang.. macam-macam ada..


budu tempoyak

ikan kering..favret aku..:)

ulam mentimun & kacang botol

ore kelate panggil sayur air pedas..hehe

ayam goreng lada sulah berbawang..

Alhamdulilah..
itu rezeki aku untuk hari ini...simple jer..
sebab da tak tau nak masak apa lagi.bosan asyik masak menda sama jer..hehe..bye2

Ahad, 8 Disember 2013

CHICKEN CHOP ABBI

Kali ini maybe saya akan try masak chicken chop pulak..My future H suka sangat makan chicken chop ni..so dia suruh saya belajar masak ini.Chicken Chop ini Faveret Food dia la katakan..nak tak nak kena gak belajar masak ni..Insyaallah nanti saya akan try buat sendiri sampai menjadi. so kat sini saya kongsikan resepi chicken chop special punyer..

BAHAN-BAHAN:
1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 potong tomato
20 gram tepung
20 gram kentang - digoreng
Sedikit lada sulah

CARA MEMBUAT
1. Salut ayam dengan bancuhan tepung dan telur.
2. Gril di atas kuali leper antara 10 ke 15 minit.
3. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN SOS BLACK PEPPER
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
5 sudu besar lada hitam - dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak


CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi.
4. Kacau sebati dan masak ikut tahap kepekatan yang anda suka.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan bersama ayam, kentang goreng, coleslow dan sepotong tomato.
Selamat mencuba.

RESEPI PIZA(FIZZA)

PIZA ni pun salah satu faveret future H saya jugak. dia suruh saya cari resepi kat internet dan nanti saya kena belajar buat. So saya akan belajar baut piza ni demi awak future H. Just for u...hahaha...



BAHAN-BAHAN DOH PIZA
250gm tepung roti
140ml air suam 
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin [boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak zaitun]
Sedikit oregano

BAHAN TOPPING
4 batang sosej yang telah direbus
Sedikit hirisan lada benggala hijau dan merah
Sedikit hirisan bawang
Sedikit hirisan tomato
Sedikit keju mozarela atau keju campuran
Beberapa hirisan buah zaiton hitam
3 sudu besar sos tomato atau sos piza

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2. Lumur sedikit doh dengan marjerin atau mentega, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi mendapatkan adunan yang lembut dan elastik.
3. Selepas itu, keluarkan dari plastik dan uli lagi beberapa minit lagi dalam mangkuk adunan. Tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan canai bulat.
5. Cucukkan dasar doh piza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali sapu dasar piza dengan sos tomato dan tabur dengan hirisan sosej, lada benggala hijau/merah, tomato, hirisan buah zaiton dan bawang besar.
6. Akhir sekali taburkan keju mozarela, bakar pada suhu pada 180 darjah celcius selama 18-20 minit atau sehingga permukaan piza perang.

ROTI BAKAR CELUP TELUR

ASSALAMUALAIKUM..
SALAM JUMAAT untuk yang beragama Islam 
SALAm 1 Malaysia dan salam sejahtera untuk yang non-muslim..

hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua cara buat roti bakar celup telur.
baru saja tadi saya buat roti bakar celup telur.cara nak buatnya simple je..perlukan barang yang sedikit saja dan waktu untuk membuatnya juga tak lama..kejap je dah boleh siap.Roti bakar celup telur ni sesuai dimakan untuk breakfast pagi dan minum petang..hari ni saya buat 3 jenis roti celup telur. 1 jenis dgn cara bakar celup telur cam biasa, celup telur lepas itu, taburkan sedikit gula atas roti yg ada telur tu, dan last sebelum celup roti dalam telur saya sapu margerin kat atas roti tersebut.kemudian barulah saya celup telur.

Bahannya:
-beberapa keping roti empat segi.
-telur
-sedikit minyak untuk menggoreng
-margerin(saya guna daisy je)
-sedikit gula..

Caranya: 
1.panaskan kuali.
2. masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.jangan banyak sangat minyak tu.
3.celup roti ke dalam telur.
---> i.celup roti dalam telur macam biasa je.
         ii. celup roti dalam telur then letak gula kat atas roti tadi.
         iii. sapukan margerin kat atas telur itu dan celup roti ke dalam telur.

4.goreng@ bakar roti itu ke atas kuali.gunakan api yang sederhana kecil jangan terlalu besar.
5.apabila nampak kekuningan dan garing,angkat dan hidangkan..

*** ada macam2 bentuk hidangan roti celup telur ni.
anda boleh makan bersama sosej dan sedikit sos pencicah.
***anda juga boleh makan dengan cara lain..untuk hilangkan boring makan roti celup telur sama je...anda boleh variasikan cara masakan yang lain jugak..samada letak kekacang atau lain-lain..

  ~SELAMAT MENCUBA~
~RESEPI RINGKAS TAPI PENUH KHASIAT UNTUK TENAGA~

MIHUN SUP AYAM


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

kali ni saya nak share dengan korang resepi mihun sup yang saya buat kelmarin.
sori coz terlambat sikit update gambar mihun sup yang saya dah buat kelmarin dan resepinya sekali..terlupa nak update..^-^ sori yer..don b mad =) .
BF saya suke sangat makan makanan yang simple2 macam nih..makanan yang ringkas dan mengenyangkanbagi dye la..2 dye kata..coz dye suke makanan yang simple n senang di buat macam ni..so saya tryla buat..gpun saya sekarang dalam proses nak belajar cara hidup dye lah...*-*
makan makanan yang dye makan..dan dye pun kena lah gak belajar makan makanan yang saya suka dan salu makan..

RESSEPINYA :
bahannya:
-bungkus mihun @ bihun
 -sebelah ayam yang dah dipotong ikut selera masing2
-sedikit taugeh
-sayur sawi@ kangkung
-rempah ratus@ perencah sup ayam maggie
-sedikit garam
-sedikit gula
-sedikit ajinomoto
-bawang putih
-bawang merah yang telah digoreng
-1 inci halia yang dipotong nipis
-daun sup dan daun bawang
Caranya:
1.rendamkan mihun bersama air panas selama 5 minit.setelah nampak mihun dah lembut.toskan air.
kemudian ketepikan.
2.panaskan kuali.letakkan sedikit minyak masak dan panaskan minyak masak itu.kemudian,
goreng halia yang telah dipotong nipis sehingga sedikit kekuningan dan masukkan bawang putih.
3.setelah itu, masukkan rempah ratus atau perencah ayam maggie.tumis sehingga naik bau.
4.kemudian tuangkan sedikit air anggaran isi ayam yang anda gunakan. masukkan ayam.
5.tambahkan sedikit garam.gula dan sedikit ajinomoto.
6.opsss jangan lupa letakkan sekali sayur sawi@kangkung dan taugeh.
7masakkan sehingga isi ayam empuk dan mendidih.
8.setelah masak.siap untuk dihidangkan bersama mihun tadi.

**jangan lupa taburkan bawang merah di atas mihun sup tadi 
bersama daun sup dan sedikit cili.

BISKUT ROTI DAN JEM KISMIS


Cara buat jem:
*Rendam kurma/kismis dalam air panas (agak-agak tenggelam jer)
. Tujuannya nak bagi kurma/kismis tu kembang dan lembut sebelum di'blend'.
*Agak-agak dah lembut tu, buang kulit dan biji kurma. 
Kismis tak perlu. Masuk dalam blender tambah air sikit saja, 'blend' sampai hancur.

*Jem dah siap! 
Lebihan jem boleh simpan dalam peti sejuk, 
guna esok-esok pula.
 Cara buat biskut roti:
Potong roti ikut suka. potong panjang, segi tiga, menyenget atau apa2 je lah salkan senang nak pegang. Nak pakai acuan bentuk-bentuk pun boleh..comel jer nampak kan..
Sapu jem pun ikut suka. Nak atas saja, atau bawah saja..atau atas bawah..

Bakar. Paling baik bakar dalam oven/microwave. Memang keras rangup. Kalau takda oven/microwave macam saya, bakar atas 'pan'/ kuali goreng ikan pun boleh. Tapi kena tengok selalu, takut hangit dan roti pun tak serangup yang bakar dalam oven/microwave..

Simpan dalam bekas kedap udara, boleh bawa sebagai bekal masa jalan-jalan.